"panggilan telefon dari pejabat tadi yang memintaku untuk pulang ke kampung, menjadikan diriku tidak senang,,sesampainya dipintu rumah aku begitu hairan melihat ramai orang berada diperkarangan rumah..semua saudaraku juga turut berada disitu..dan ditengah ruang tamu aku terlihat sekujur tubuh terbaring kaku di litupi penuh kain batik.."
rasanya kebanyakan kita pernah mendengar cerita seumpama ini..terutama mereka yang duduk di asrama,sesi muhasabah ini rasanya begitu popular..sambil lampu ditutup, dalam kegelapan tersebut hanya terdengar suatu suara yang memulakan cerita dengan penuh penghayatan..
dan aku juga tidak terlepas untuk merasai dan membuatnya semula kepada adik-adikku.. persoalannya adakah ia benar-benar berkesan?
mengikut teori Karl Marx yang menyatakan ia adalah 'kesedaran palsu'...kesedaran palsu ini dicipta untuk mempengaruhi seseorang untuk mempercayai dan terus sedar untuk menghayatinya..(tapi dia tak katalah tentang sesi muhasabah macam ni..sebab dia hanya bercerita tentang teori Komunisme yang menentang kapitalisme..)
ada seorang kawan ni pernah meluahkan kepadaku bahawa sesi seumpama tersebut tidak pernah berkesan baginya..hal ini kerana dia merasakan sesi seumpama itu hanya mahu melihat peserta menangis di akhir program.. adakah nilai sebuah kesedaran dari sesi muhasabah ini hanya dengan linangan air mata yang mungkin dibuat-buat dan terpaksa dikeluarkan..( yeala, orang sebelah menangis bagai nak rak, tak kan aku tak nangis lak kan..mesti ti aku yang kena atack dengan moderator ti..)
dan aku sendiri pernah juga merasai kesedaran palsu ini benar-benar berkesan tanpa dibuat-buat atau terpaksa..walaupun aku tahu tentang kronologi cerita itu..almaklumla 5 tahun duduk asrama..
dan sampai satu masa aku tidak lagi merasa apa-apa dengan cerita ini.. mungkin disebabkan penyampaian yang tidak sampai kepada peserta..tetapi menjerit-jerit marah macam orang giler..huhuuhu
so bagi pendapat aku mungkin sesetangh masa dan perkara kesedaran ini perlu untuk kita sedar dan bersedia menghadapi sesuatu yang belum terjadi..lantas meningkatkan keinsafan dalam diri..tetapi ia perlu dilaksanakan dengan cara yang betul-betul..bukan dengan jeritan yang memekikkan telinga yang membenggangkan hati untuk sama-sama menghayatinya..
dan kita juga tidak perlu menilai air mata sebagai pengukur keberjayaan sesi ini kepada para peserta..seharusnya keinsafan perlu diterjemahkan dalam tindakan untuk berubah...
No comments:
Post a Comment