Friday, October 30, 2009

peringatan buat diri..(kawajipan solat)

Balasan orang-orang yang meninggalkan sembahyang dan
mencuaikannya menerima
seksaan Allah di akhirat..

seorang sahabat pernah bertanya kepada nabi: " Ya Rasulullah apakah seksaan orang-orang yang meninggalkan dan mentakhir(melewat-lewatkan) waktu sembahyang, maka jawab baginda, seksaan orang-orang yang meninggalkan dan mencuaikannya maka Allag s.w.t akan membalaskannya dengan 15 bala (seksaan)..sahabat bertanya lagi, " apakah seksaan itu Ya Rasulullah, jawab baginda..bahawa enam macam seksaan ketika hendak mati(sampai ajalnya), tiga seksaan sewaktu di alam kubur..dan tiga seksaan lagi ketika menemui Allah s.w.t di hari berbangkit.


Bentuk seksaan Allah ketika berada di dunia:

1) umurnya tidak diberkati oleh allah s.w.t..mereka akan hilang keberkatan umurnya yakni hidup percuma sahaja dengan kekosongan. walaupun kelihatan hidupnya mewa, kemewahannya itu hanya pandangan umum sahaja, rezekinya juga kurang berkat dan seandainya dia kelihatan kaya raya, tetapi kekayaan itu menjadi laknat baginya.

2) terhapus tanda soelh di mukanya. Allah Taala juga akan menghilangkan tanda orang soleh di mukanya dan tidak diakui termasuk dalam golongan islam(dia termasukkan di dalam golongan munafik yang hanya zahirnya islam tetapi batinnya munafik)

3) segala amalan kebajikannya tidak akan diterima oleh Allah s.w.t seperti sedekahnya tidak akan dapat pahala dan sebagainya.

4) doanya tidak akan naik ke langit kerana pintu langit tertutup.

5) segala makhluk benci kepadanya(samada golongan manusia yang beriman, haiwan dan segala apa yang dijadikan oleh Allah di alam ini.

6) tidak terpelihara bagi agama islam, kerana kalaulah sembahyang yang diwajibkan itu sebagai tiang agama berani ditinggalkannya,sudah tentulah ia lebih lagi akan mensia-siakan kewajipan agama yang lain

Seksaan ketika hampir ajal:

1) matinya dalam keadaan kehinaan, yakni percabutan nyawanya itu oleh malaikat Izrail tanpa belas kasihan.

2) matinya dalam kelaparan, kelaparan bukan kerana tidak ada makanan yang disediakan, sebaliknya tidak ada nafsu makan akibat terlalu sakit ketika rohnya hendak keluar.

3)matinya dala keadaan paling dahaga dan boleh diiabratkan jika diberi air minuman yang ada di dunia ini dahaganya masih tidak hilang.

Seksaan ketika di alam kubur:

1)Allah s.w.t akan menyempitkan dan menggelapkan kuburnya. Para malaikat di suruh menyeksa tidak henti-henti sehinggalah hari qiamat, begitu juga kepada mereka yang melengah-lengahkan sembahyang yang itu disifatkan sebagai orang munafik.

2) mayatnya akan disalaikan dengan api neraka di dalam kubur itu sehingga hari berbangkit.

3) Allah s.w.t akan menyuruh ular bernama Saja'ul Akra, ular itu lain dari lain kerana matanya dari api dan bertangan mempunyai kuku dari besi. Saja'ul Akra akan membawa alat pemukul dari besi menemui mayat sambil mengeluarkan suara hali-lintarnya,

" aku disuruh oleh tuhanku untuk memukul engkau kerana engkau telah meninggalakan fardhu subuh hingga masuk waktu zohor, kemudian dari zohor hingga asar, dari asar ke maghrib,maghrib ke isya' sam pai waktu subuh semula"

ular itu terus memukul hingga terbenam beberapa hasta ke dalam bumi, setelah itu dikoreknya dnegan kukunya yang panjang dan dipukul lagi, begitulah keadaan mayat itu hingga sampai ke hari qiamat.

Seksaan ketika bertemu dengan Allah s.w.t :

1)Allah sangat murka kepadanya

2) Allah akan mengutus malaikat iaitu malaikat Zabaniah sebagai mana hadis menerangkan bahawa pada hari qiamat akan didatangi malaikat dengan rantai yang panjang, rantai itu akan diikat pada leher orang yang meninggalkan sembahyang lalu dimasukkanya kedalam mulut dan dikeluarkannya melalui duburnya. malaikat itu akan menarik dan meyentap-menyentap dalam keadaan tunggang langgang sambil ia berteriak

"inilah balasan bagi orang yang meninggalkan sembahyang yang difardhukan"

3) kemudian mereka akan dicampakkan ke dalam neraka Saqar. sebagaimana firman Allah s.w.t dalam suran Al-Muddasir ayat 42, dengan cara menghina yang bermaksud

"kata Allah, apakah yang menyebabkan kamu masuk neraka Saqar ini? kata mereka (penghuni dengan rasa sedih dan kesal). Adalah kami orang-orang yang meninggalkan sembahyang"

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud "tidak ada perbezaan seorang muslim dengan munafik melainkan meninggalkan sembahyang. maka apabila seorang itu meninggalkan sembahyang dengan sikap engkar kepada kewajipan ke atasnya maka adalah ia kafir"

sabda Nabi s.a.w yang bermaksud 'barangsiapa meninggalkan sembahyang dengan sengaja maka sesungguhnya ia kafir yang nyata berdasarkan hadis tersebut juga menyebabkan para ulama sesetengahnya berpendapat jika seseorang yang menganut agama islam tetapi langsung tidak pernah mengerjakan sembahyang sepanjang hidupnya, maka apabila dia mati tidak diwajibkan sembahyang akan jenazahnya ada juga yang berpendapat haram menyembahyangkannya.

pernah berlaku seorang penduduk di zaman khalifah Abu Bakar meninggal dunia setelah dikafankan lalu diletakkan di satu sudut rumah untuk disembahyangkan. bagaimana ketika hadirin hendak memulakan sembahyang kelihatan mayat itu bergerak-gerak dan masing-masing menyangka mayat itu hidup semula.

lalu seorang dari mereka memberanikan diri dan membuka ikatan kapan maayat itu. mereka semuanya sungguh terperanjat kerana didapari mayat itu penuh dengan ular sambil menggigit-gigit tubuh mayat berkenaan, lantas salah seorang dari mereka mencapai kayu hendak memukul ular-ular itu.

bagaimana sebelum dia berbuat demikian ular-ular itu mengucap dua kalimah syahadah begitu fasih dan bertanya 'kenapa hendak membunuh aku sedangkan aku tidak bersalah dan tidak menyakiti dirimu. aku hanya diperintahkan allah untuk menyiksa mayat ini dan disuruhnya menyeksa hingga hari qiamat'

'apakah sebabnya maka engkau menyeksa mayat ini dan apakah dosanya yang dilakukannya?'tanya hadirin dengan penuh takjub. ular itu menjawab, 'mayat ini sepanjang hayatnya membuat tiga macam kesalahan yang menyebabkan dirinya terseksa. pertama dia mendengar azan tetapi hanya acuh tak acuh sahaja dan tidak menunaikan sembahyang yang lebih-lebih lagi sembahyang berjemaah, kedua enggan mengeluarkan zakat hartanya dan ketika tidak mahu mendengar nasihat dari Alim ulama kerana itulah dia diseksa..

dengan rencana ringkas ini mudah-mudahan kita dapat menghayati diri kita sebagai orang yang mengakui diri kita sebagai orang yang beragama islam maka hendaklah kita melakukannya sebagai tanda kita beriman kepada Allah s.w.t kerana tidak syak lagi sembahyang itu menjadi sebab yang membawa rahmat, murah rezeki dan menolak bala bencana dan sebagainya, kerana sabda Baginda s.aw.

"orang yang mengerjakan sembahyang adalah ia bermunajat (mengadap dan merayu) kepada Tuhannya"

kerana sabda Baginda lagi " sehampir-hampir seseorang hamba itu kepada tuhannya ialah semasa ia sujud"

No comments:

Post a Comment