Tuesday, December 8, 2009

hanya kerana mata


sepasang mata yang merupakan pinjaman dari Yang Esa sukar dinafikan kenikmatannya oleh makhuluk yang diberi pinjam..tidak semua makhluk yang diciptakan olehNya dapat merasai nikmat pinjaman ini..ada yang buta(tidak dapat melihat) seusia kecil atau mungkin semasa dilahirkan didunia ini..

allah menyeru kepada manusia untuk melihat alam ciptaanNya yang tidak ada galang gantinya..lihat tanda-tanda kebesaranNya nescaya Dia akan menambahkan rasa keimanan kepadaNya bagi orang-orang yang berfikir..dan keindahan alam ciptaan ini hanya dapat di lihat dan direnungi oleh sepasang mata... Nikmat apa lagi yang kau cuba dustakan(surah Ar-rahman)..

subahnaallah dalam kita yang diberi nikmat pinjaman ini seawal dilahirkan didunia ini,pelbagai perkara yang telah kita perhatikan...dan adakalanya pandangan itu meningkatkan rasa keimanan apabila ia mengingatkan kita kembali kepadaNya ,dan adakalanya pandangan itu menambahkan rasa kekufuran terhadap nikmatNya didunia ini apabila pandangan itu mengikut hawa nafsu...

demikian juga allah menyeru hambanya untuk menjaga pandangan mata..betapa besar kuasa nikmat sepasang mata ini...kerana Ia tahu dari mata akan memulakan segalanya..benar dari mata akan turun kehati,lantas dari hati yang akan mengawal diri untuk melakukan apa sahaja... sehingga Rasulullah juga mengingatkan umatnya bahawa dalam badan manusia ini ada seketul daging,jika baik daging tersebut maka baiklah segala anggota manusia tersebut dan sebaliknya.. dan seketul daging itu dinamakan hati..

dan dalam hadis riwayat ahmad dan thabarani meriwayatkan rasulullah pernah bersabda bahawa allah berfirman,'wahai anak adam, sekiranya Aku mengambil semula mata(buta), lalu kau meredhainya dan tetap bersabar terhadapnya,maka tidak ada yang lebih layak melainkan syurgaku'..betapa besar pengertian nikmat sepasang mata ini sehingga ia dijanjikan pulangan syurga olehNya andai nikmat mata ini ditarik kembali dan insan tersebut tetap meredhainya ...

amat malang ramai dalam kalangan manusia yang celik mata pada umumnya tetapi sebenarnya dia buta..kerana ia buta hati untuk melihat kebenaran dan cahaya keimanan...sama-samalah kita muhasabah diri kembali untuk menilai kembali nikmat pinjaman ini.

Apa yang akan dijawab oleh mata saat mulut terkunci rapat untuk menjawap segala persoalan 'apa yang kau lihat sewaktu didunia?"sewaktu dihisab di akhirat..

No comments:

Post a Comment