Wednesday, March 17, 2010

bahaya politik..

sejak dua menjak ini aku banyak dan minat untuk berfikir dan mencari jalan cerita dan penyelesaian bagi isu yang membelenggu mahasiswa..mungkin ada juga yang telah muak bila aku asyik cakap dan berbicara tentang politik n mahasiswa..maaf aku katakan kekurangan dan kelemahan yang telah aku sedari ini membuatkan aku mendesak diri sendiri untuk berusaha memperbaikinya..dan aku hanya berbaki 1tahun di alam mahasiswa ni(untuk ijazah sarjana muda) tempoh yang semakin singkat untuk aku mengubah realiti ini..

dan aku cuba menilai apakah faktor yang membentuk dan mempengaruhi fenomena ini, kelesuan dan hakikat yang membelenggu keseluruhan mahasiswa yang hanya berminat dengan kehidupan dan urusannya sahaja..dan ayat yang paling xsuka, "da tujuan datang universiti ini utk belajar,belajar jelaa..' ni la satu doktrinisasi yang telah ditanam dalam kepala otak mahasiswa sewaktu melangkah masuk ke alam universiti..samada dalam minggu orentasi atau BTN(biro tatanegara)

akhirnya itu yang dipegang oleh mahasiswa dan menyebabkan segala penglibatan diluar aktiviti pelajaran sangat sukar untuk mengundang minat mahasiswa..dan kadangkala ia perlu diwajibkan atau di janjikan habuan..mahasiswa yang seharusnya menjadi 'watch dog' kepada pihak pentadbiran universiti mahupun di arena pentadbiran negara makin hilang dan tidak lagi kedengaran..

saya yakin dan percaya kebanyakkan mahasiswa pada hari ini sudah tidak lagi mahu mengambil tahu tentang politik kerana antara faktor konfik dan krisis politik laur pada hari ini yang saban hari sering menghidangkan cerita ahli politikus itu dan ini..yang akhirnya menyebabkan kita menyampah dan merasakan politik ini terlalu kotor..so baik tak perlu mengmbil tahu tentang politik...

ingatlah semua sahabat mahasiswa, konflik dan krisis ni adalah satu proses kematangan dalam demokrasi pada hari ini..amat bahaya lagi sekiranya kita selaku generasi yang bakal menggantikan tampuk kepimpinan negara ini bersifat tidak mengambil tahu tentang apa yang berlaku pada sejarah hari ini..sejarah mungkin akan berulang, dan rugilah kita apabila kita mengulangi kesilapan yang sama pada masa akan datang...berusahlah untuk mengambil tahu dan menilai dari persepsi dan penilaian seorang mahasiswa yang intelek dan berpendidikan tinggi..

No comments:

Post a Comment