Thursday, July 1, 2010

lembaran baru..


hari ini saat aku melihat masa di handset ku baru aku terperasan hari ini telah memasuki 1 julai 2010..ya allah sungguh pantas masa berlalu.. aku kini telah memasuki bulan tujuh..jika dibanding 12 bulan di dalam satu tahun aku kini telah menghampiri bulan yang hampir ke penghujung tahun..


ya allah lapangkanlah masaku untuk melakukan amal ibadat kepadaMu..dua minggu lagi jadual pelajaranku untuk semester ini akan bermula..pejam celik akan melangkah masuk ke bulan mulia Ramadhan..dan bertemu dengan bulan shawal..huhu..sungguh pantas masa berlalu..


dan saat yang paling berdebar-debar untuk aku hadapi adalah apabila menyedari tempoh pengajianku di kampus ini telah hampir kepenghujungnya..untuk ijazah sarjana muda ini..terlintas niatku untuk menyambung pelajaran ku lagi tetapi masih tidak pasti..melihat kepada rezeki dan keadaan masa tersebut..apa-apa perkara bakal berlaku dalam beberapa bulan ini..


insylah segala perancangan untuk satu sidang ini telah aku aturkan...ya allah aku mohon kepadaMu untuk memudahkan segala pengurusan dan perancangan yang telah aku aturkan ini.. dekatkanlah hatiku denganMu untuk aku sentiasa bergantung harap dan doa kepadaMu, Ya Tuhanku yang maha menentukan segalaNya..amin...


aku mohon kepadaMu keberkatan waktu,tenaga dan usaha kami dalam berjuang dijalanMu ini..tunjukilah kami jalanMu yang lurus..Lindungilah kami daripada menjadi hambaMu yang tidak bersyukur dan zalim..amin..selamat berjuang juga kepada sahabat-sahabatku..Takbir!!

No comments:

Post a Comment