'emm..kes buang bayi lagi'..desis hati kecilku..aku tidak tahu bagaimana untuk memulakan rentak penulisan kali ini..cuma yang memberat dihatiku, tatkala pagi ini membaca akbar masih lagi terpapar berita buang bayi..apalah nasib masyarakat hari ini dan untuk masa hadapan.
pembuangan bayi yang seolah-olah telah menjadi 'trend' masyarakat pada hari ini..berita-berita yang melaporkan kes pembuangan bayi ini sering sahaja terpapar di dada akhbar..mungkin juga isu ini telah menjadi kebiasaan buat tatapan semua rakyat malaysia..apakah nasib masyarakatku pada hari ini dan bagaimana pula untuk masa hadapan....
sebagai seorang mahasiswa yang belajar kursus antropologi dan sosiologi aku cuba melihat isu ini dari konteks seorang pengkaji..yang mengkaji dan merintis dari fenomena yang berlaku kepada kesan dan punca dalam masyarakat setempat dimana ia membesar dan terjadi..
berbalik kepada komuniti rakyat Malaysia yang berbilang kaum,ia merupakan satu cabaran terhadap perbezaan budaya tempatan..tetapi yang menjadi persoalan dan penilaian yang harus dibuat, kebanyakan kes pembuangan bayi yang di laporkan saban hari ini adalah terdiri daripada hasil keturunan kaum melayu..adakah kaum melayu pada hari ini telah merubah budaya yang dulunya terkenal dan dikenali sebagai kaum yang mempunyai maruah dan malu yang tinggi telah hilang dek arus kemodenan dan kemajuan..tetapi sejauh ia benar-benar telah maju, atau sekadar bangsa lain yang maju kehadapan,cume kaum ini menjadi tempias dan penyerap kepada biasan budaya negatif atau kuning..,,ianya masih lagi menjadi persoalan..dan aku juga merupakan anak daripada kaum melayu..yang masih lagi menyanyangi dan prihatin terhadap kaum ku..apalah nasib bangsaku dan masa hadapan anak cucuku....
seram untuk aku buktikan..dan sebagai pengkaji aku tidak boleh hanya berlandaskan persepsi dan andaian semata-mata..doakan jika berkesempatan dan diberi ruang, allah izinkan aku untuk merungkai persoalan tentang bangsaku pada hari ini..apalah nasib bangsaku dan generasi akan datang..dan dengan kajian yang dilakukan oleh para pengkaji ini juga bisa untuk kita membuat ramalan pada masa hadapan..atas titik budaya yang terbentuk hari ini yang akan membentuk masyarakat hari ini dan mungkin sahaja masyarakat yang terbentuk daripada budaya hari ini bisa membentuk satu budaya baru yang boleh diramalkan oleh pengkaji...
dan aku juga bukan sahaja hanya menjadi orang yang mengkaji dan mengkaji sahaja..yang mungkin mencipta pelbagai teori dan cerita itu dan ini tetapi tidak pulak berpijak pada bumi dan keadaan realiti...mudah-mudahan aku juga menjadi sebaik namaku yang berusaha untuk membaikkan sesuatu...
No comments:
Post a Comment