
maka setelah akalku menjadi waras dan tenang setelah digundah gelanakan oleh perasaan dan emosi yang berlebihan aku ingin berkongsi dengan sidang pembaca mengenai post konflik ku sebelum ini secara ilmiah dan mungkin lebih mengaplikasikan teori atau ilmu yang telah aku pelajari didalam pengajianku ini..
didalam aliran teori sosiologi terlalu banyak kepelbagaian ahli falsafah pemikir yang cuba untuk memahami dan mentafsir manusia dan hakikat kehidupan..diantaranya adalah antara simbolik interaksi(SI) dan struktur fungsionalisme(SF)..bagaimana pemikir dari kedua aliran ini bertelingkah dalam memberikan penerangan dan fokus kajian terhadap manusia.. kajian simbolik interaksi lebih bersifat mikrososiologi(melihat kepada individu), manakala struktur fungsionalisme ini bersifat makrososiologi(melihat kepada struktur atau institusi yang berada di sekeliling individu)..
maka persoalannya cukup mudah apakah perkaitan antara dua teori ini dengan konflik yang berlaku..ok refresh dari cerita lepas bagaimana seorang yang merasakan sedih kerana mungkin terdapat ciri atau sifat dalam dirinya terpaksa diubah atau berubah hanya kerana faktor luar yang mahukan ia diubah kerana ia mungkin bukan sifat yang sepatutnya dilakukan oleh individu tersebut..contoh mudah, seorang isteri yang hendak berkerjaya dan kerja tetapi mungkin terpaksa memendamkan hasratnya hanya semata-mata mungkin faktor institusi masyarakat, budaya dan keluarga yang menyatakan bahawa golongan isteri tidak boleh berkerja dan hanya duduk dirumah menjaga rumahtangga..
maka disini akan berlaku konfik diantara keaktifan dan kekreatifan individu seperti yang diperjuangkan oleh SI terpaksa di pendam atau dibuang dek kerana struktur sosial disekelilingaanya yang akan mengekangnya seperti yang dikatakan oleh SF..emm inilah pertikaian dan kritikan terhadap teori yang dibuat oleh manusia yang berusaha memahami tetapi pemikirannya masih terbatas kepada apa yang dinampak sahaja..
sebagai pelajar yang beragama islam, satu kelebihan yang diberikan oleh Allah kerana kita diwarisi dengan panduan yang cukup lengkap dan memandu kita memahami erti kehidupan ini..
ingatkah kalian terhadap ayat allah bahawa Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum tersebut mengubah nasibnya sendiri..
maka disini telah merangkumi penghuraian yang jelas bahawa yang pertama kesanggupan individu tersebut untuk nasibnya..dan nasibnya ini adalah perilaku dan tingkahlaku yang lahir dari dalam diri individu, atau yang mudah ku katekan pendekatan yang sedikit hampir dengan SI, tetapi perlu diingatkan dan jelas peringatan ini allah gunakan kaum..maka disini adalah keperluan kepada masyarakat tersebut dalam memangkin sesuatu perubahan ahli didalamnya.. maka pendekatan ini sedikit hampir dengan tuntutan institusi dalam mengubah dan membentuk sesuatu seperti yang diwar-warkan oleh SF...
pentafsiran dan perungkaian yang dangkal ini adalah dari insan yang masih lagi belajar dan belajar tentang kehidupan ini..belajar untuk menggunakan ilmu yang telah dipelajari dalam kehidupan..mungkin ada sahabat dalam kalangan pembaca blog ini yang lebih arif dan bijaksana untuk mentakwilkan sedikit pemahaman mengenai hal ini juga amat diraikan...
maka cukupla dengan sedikit penulisan diblog ini bagi berkongsi sedikit sebanyak apa yang telah aku pelajari bagi menduduki peperiksaan esok..doakan ea kejayaan kita bersama dalam kehidupan ini dan akhirat selamanya, selamat memahami ilmu yang tidak seberapa ini~
No comments:
Post a Comment